GST.

Adakah PH berani mengaku mereka silap kembalikan SST?

Langkah kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan mengantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) merupakan satu kesilapan polisi yang sengaja dilakukan, kata penganalisis ekonomi.

Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (Utar) Prof Barjoyai Bardai berkata, pengurangan kutipan cukai sebanyak RM20 bilion sejak SST diperkenalkan semula berbanding RM40 bilion semasa pelaksanaan GST, lebih menguntungkan sektor swasta berbanding rakyat.

“Sekarang kerajaan sudah malu alah, dulu kata kutipan cukai kurang dapat mengurangkan harga barang, sebaliknya harga barang makin naik. Jadi sekarang ini adakah kerajaan berani mengatakan mereka tersilap,”

Barjoyai mendakwa, sejak SST dilaksanakan bermula 1 September lalu dengan alasan mengurangkan beban rakyat ternyata tidak berlaku, sebaliknya harga barang semakin meningkat.

“GST adalah cukai produktif dan berjaya dikutip lebih RM40 bilion setahun, secara lojik kalau ditukar kepada SST, cukai dikutip lebih kurang RM20 bilion, separuh daripada hasil GST.

“Tetapi masalahya kesan pengurangan cukai itu ke atas harga barang tidak wujud, walaupun kerajaan mengurangkan kutipan cukai sebanyak RM20 bilion, tetapi harga barang tidak turun,” katanya.

Barjoyai berkata, langkah terbaik yang perlu dilakukan kerajaan bagi meningkatkan hasil negara adalah mengembalikan GST dan keuntungan itu diagihkan kembali kepada rakyat menerusi program kebajikan.

Kerajaan memperkenalkan semula SST untuk menggantikan GST mulai 1 September lalu. Di bawah SST, 10% dikenakan untuk cukai jualan, manakala 6% bagi cukai perkhidmatan.

Kebergantungan hasil minyak

Ditanya sama ada pelaksanaan GST dapat mengurangkan kebergantungan hasil minyak dan gas sebagai sumber ekonomi negara, susulan pendedahan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bahawa rizab bahan mentah itu mampu bertahan dalam tempoh 10 tahun, Barjoyai tidak menolaknya dan ia boleh dijadikan sebagai pengganti.

Bagaimanapun, secara dasarnya isu kekurangan rizab minyak dan gas tidak perlu dipersoal kerana negara tidak terlalu bergantung kepada hasil itu sebagai sumber pendapatan ekonomi utama negara.

“Kekurangan rizab minyak dan gas tidak akan menjejaskan kestabilan ekonomi kerana perkara ini sudah diramal sejak 15 tahun lalu dan rizab minyak dan gas kita tidak banyak. Jika Petronas atau syarikat minyak menemui rizab baru itu satu rezeki.”

Pada 2015, kajian firma penganalisis ekonomi antarabangsa menyifatkan kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran terdahulu mengambil langkah bijak dengan tidak terlalu bergantung terhadap hasil minyak sebagai sumber ekonomi negara, memandangkan rizab bahan mentah itu semakin menyusut dan mencadangkan beberapa pembaharuan termasuk asas cukai yang lebih luas melalui pengenalan GST sebagai komponen utama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s