Doa.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya ALLAH ……syukur dan terima kasih kerana melindungi kami . Segala puji bagi ALLAH… Penguasa sekelian alam. Salawat dan salam kepada PENGHULU kami RASULLULAH SAW sekelian keluarga Baginda dan para sahabat.

Ya ALLAH …..KAU perkenankan doa hamba MU pada pagi hari Selasa 19 Rejab 1440H
bersamaan 26 Mac 2019M ini.

Ya ALLAH…… Berkatilah perjalanan hidup kami, Kuatkanlah semangat kami untuk mengharungi sisa-sisa baki kehidupan kami serta rahmati lah kami sekeluarga dan eratkan siratulrahim antara kami.

Ya ALLAH ……. kurniakanlah kami dengan kesihatan yang sebaik2nya serta SEMBUHKAN PENYAKIT SAUDARA2 dan RAKAN2 KAMI SEDANG SAKIT DAN YANG KURANG SIHAT.

Ya ALLAH …… Murahkan kami dengan REZEKI yg HALAL serta PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI hari ini serta hari2 yang mendatang..

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah, akhirilah usia kami dengan kesudahan yang baik dan jangan Engkau akhiri usia kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Allah, janganlah engkau pesongkan iman kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahkanlah kami rahmatmu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia

KAU perkenankanlah doa kami ya ALLAH. Tiada daya kami melainkan dengan pertolongan dan keizinan MU ya ALLAH

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Leave a comment